Rabu, 17 Ogos 2011

MAJLIS IFTAR JAMAIE KELAB PERISYA


SALAM RAMADHAN KAREEM BUAT SEMUA AHLI PERISYA

PENGUMUMAN:


InsyaAllah pada hari Ahad ini, bersamaan 21 Ramadhan 1432..Kelab Mahasiswa Syariah & Pentadbiran Islam (PERISYA) akan mengadakan Majlis Iftar Jamaie, Tadarus & Khatam Quran dan Solat Terawih secara berjemaah..

Sehubungan dengan itu, diharap semua semua ahli PERISYA dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut untuk sama2 kita mentaqarrubkan hati kepada Allah Swt seterusnya dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara kita..sahabat semua boleh berikan nama kepada ketua kelas masing2 untuk penyertaan..Selewat-lewatnya pada hari Khamis, 18 Ogos 2011 untuk memudahkan pihak kelab untuk membuat tempahan makanan..


Dengan ini di sertakan maklumat program


TARIKH : 21 Ogos 2011, Bersamaan 21 Ramadhan 1432

MASA : 5.00 petang - 9.40 malam

TEMPAT : Musolla Habibah & Cafe Ummu Nasibah (Pok Din)

TENTATIF PROGRAM :

5.00 PTG - PENDAFTARAN

5.15 PTG - TADARUS & KHATAM AL-QURAN

6.45 PTG - TAZKIRAH RAMADHAN

7.22 MLM - IFTAR JAMAIE & SOLAT MAGHRIB

8.30 MLM - SOLAT ISYAK & TERAWIH SECARA BERJEMAAH

9.40 MLM - BERSURAI


Sekiranya ada sebarang pertanyaan @ masalah, bolehlah berhubung dengan saudara Muadz Abd Wahab selaku pengarah program di talian 013-5117131..


"Menjana Mahasiswa Pemangkin Fikrah Intelek Ummah"


Salam Ukhuwwah, Sekencang Dakwah.. Wallahua'lam

Rabu, 22 Jun 2011

Minggu Taaruf Kelab PERISYA



:: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ::

Makluman kepada Semua pelajar semester satu Diploma Syariah Dan Pentadbiran Islam (PERISYA), insyaAllah pada 24 Dan 25 Jun (Jumaat & Sabtu ) ini akan diadakan satu program "Minggu Taaruf" Bersama Kepimpinan Kelab PERISYA. Diharap mahasiswa mahasiswi sekalian dapat menghadirkan diri ke program yang akan diadakan pada tarikh tersebut.. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah di antara barisan kepimpiman Kelab dengan ahli-ahli baru dikalangan pelajar semester satu. Disini disertakan juga tentatif program unutuk memudahkan kalian semua.. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai..

Tentatif Program Minggu Taaruf Syariah & Pentadbiran Islam

Hari Pertama (24 Jun 2011)

6.30-7.30 ptg : Pendaftaran Dan Taklimat Program
(di Musolla Saodah)

7.30 - 8.30 mlm : Kuliah Maghrib Bertajuk "Karakter Mahasiswa Islam"

8.30 - 9.00 mlm : Solat Isyak

(Blok Othman 02 )

9.00 - 9.05 mlm : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

9.05 - 9.10 mlm : Bacaan Doa

9.10 - 10.00 mlm : Ucapan Pengarah Program :
(Saudara Muad'z Bin Abd Wahab, merangkap Exco Dakwah)

Ucapan Penasihat Kelab PERISYA :
(Ustaz Ahmad Faizol Bin Ismail)
Ucapan & Perasmian oleh Ketua Jabatan Syariah :
(Ustazah Tengku Fatimah Muliana Bt Tengku Muda)
Penyampaian Cenderamata kepada tetamu Jemputan

10.00 - 11.00 mlm : * Sesi Taaruf bersama Kepimpinan Kelab PERISYA
Pelancaran :-

- Facebook
- Blog
- Montaj Kelab PERISYA
- Montaj Pelajar Semester Satu

11.00 - 11.30 mlm : Jamuan Dan Bersurai


********************************************

Hari Kedua (25 Jun 2011)
7.00 7.30 mlm : Ketibaan Pelajar ke Musolla Saodah

7.30 - 8.00 mlm : Solat Maghrib

8.00 - 9.00 mlm : Ceramah Di sampaikan Oleh : Ust Dr Wan Yusuf
(Pensyarah di Jabatan Syariah)
Bertajuk "Mahasiswa Intelektual Berlandaskan Syariah"
9.00 - 10.00 mlm : Taklimat Akademik

10.00 - 11.00 mlm : Sesi Soal jawab Bersama barisan kepimpinan Kelab PERISYA.

11.00 - 11.30 mlm : Jamuan ringan Dan Bersurai


semoga program yang akan diadakan ini dapat menautkan lagi ukhuwwah diantara kita seterusnya lebih menjadikan kita seorang hamba yang semakin cinta dan dekat keapda Allah ..(^_^)...InsyaAllah !


Rabu, 15 Jun 2011

Ahlan Wa Sahlan Ke Bumi Unisza



Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Pertama & selamanya mari lah sama2 kita memanjatkan setinggi-tinggi syukur kehadhat Allah SWT kerana sehingga saat ini masih dapat untuk kita semua mengecapi nikmat-nikmatNYA yang tidak terhingga ini.

Selawat dan salam keatas junjngan besar nabi Muhammad SAW, rasul pembawa rahmat keseluruh alam yang telah memberikan sumbangan yang agung buat ummah sehingga hari kiamat..

Kiranya masih belum terlewat untuk kami daripada barisan kepimpinan Kelab PERISYA untuk mengucapkan "Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum" Selamat melangkah ke bumi Unisza kepada pelajar-pelajar baru Diploma Syariah Semester 1 & Diploma Pentadbiran Islam Semester 1 yang bernaung dibawah Kelab Perisya ini.

Tidak lupa juga di ucapkan selamat meneruskan perjuangan yang masih belum selesai dan berbaki kepada pelajar-pelajar lama yang sudah berada di Semester 3 ( Syariah & Pentadbiran Islam ) dan Semester 5 (Syariah & Pentadbiran Islam) sekalian..

Untuk entri kali ini, di khususkan buat adik-adik yang baru memasuki alam universiti, di tempat yang penuh cabaran ini..nak atau pun tidak kita perlu menempuhinya.. kerana itulah lumrah yang perlu dilalui oleh seseorang yang bergelar "Penuntut Ilmu". Baik dan buruk itu berada di mana-mana sahaja..bukan di alam universiti sahaja..Oleh itu, kita lah yang perlu menjadi pemandu utama untuk setiap kebaikan diri kita.. kerana kita lebih mengenali diri kita berbanding orang lain... mungkin setiap orang caranya berbeza kan.. Kerana itu, "pilihlah jalan & cara yang terbaik untuk menjadi golongan yang terbaik di sisi Allah Rabbul Jalil"..

Untuk makluman adik-adik pelajar semester 1, kelab perisya ini merupakan salah 1 kelab yang bernaung di bawah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang lama telah ditubuhkan. Tujuan tertubuhnya kelab Perisya ini adalah untuk mendengar, dan menjaga kebajikan serta cuba untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan kebajikan ahlinya..

Sebagai makluman awal, insyaAllah akan diadakan satu pertemuan dari barisan kepimpinan kelab Perisya bersama-sama ahli baru dalam masa yang terdekat sebagai sesi perkenalan, menautkan ukhuwwah.. kerana itu merupakan satu tuntutan sebagai seorang muslim. Tarikh program akan di maklumkan semula insyaAllah..

Kepada semua ketua kelas Diploma Syariah Semester 1 A,B & Diploma Pentadbiran Islam Semester A,B atau ahli-ahli kelab Perisya..sekiranya ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi terus Yang Di Pertua (YDP) Kelab Perisya iaitu Saudara Muhammad Najmuddin 'Ulwan Bin Mohd Hamdan di talian 013-2997211.

Sebagai akhir kalam untuk sahabat-sahabat semua, ingatlah pertama kali kita melangkah ke bumi Unisza ini, apakah matlamat kita..? sebagai seorang yang bergelar mahasiswa kita perlu jelas dalam setiap perkara yang dilakukan.. Sekian, Wassalam..

"Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan"
InsyaAllah!!

Isnin, 18 April 2011

Program Solat Hajat Perdana (Imtihan)




Assalamualaikum wbt..
Salam ukhuwwah..Salam Mahabbah.. Salam Satu Ummah..
Salam Satu Perisya..

Sempena musim peperiksaan akhir yang akan bermula minggu depan.. Kelab PERISYA dengan kerjasama Musolla Saodah telah merancang 1 program :

"Solat Hajat Perdana Imtihan & Tayangan Video Rohani "


untuk maklumat program lebih lanjut seperti berikut :-

(SLOT 1 : Ceramah Imtihan)
------------------------
6.00 p.m - :Ketibaan peserta
6.15 p.m - :Ceramah imtihan
7.15 p.m - :Solat maghrib
:Solat hajat
:Bacaan Yassin

(SLOT 2 : Jauhi Couple)
--------------------------
--

9.15 p.m - : Tayangan video
: Cabutan bertuah

(SLOT 3 : Jamuan)
----------------------
10.00 p.m - :Jamuan

10.30 p.m - :Bersurai

Oleh itu, bagi sesiapa ahli PERISYA dan jemaah surau yang berminat untuk menyertai program ini, sila maklumkan serta membuat pembayaran sebanyak RM 3.00 SAHAJA untuk tempahan makanan kepada bendahari Perisya, Saudara M.Hafizullah (013-2708798) & Saudari Masyitah (014-5145499) selewat-lewatnya pada pagi khamis (21/4/2011) bagi kelancaran gerakkerja.

Segala kerjasama yang diberikan amat di hargai...
Sekian Terima Kasih


"Membina Mahasiswa Rabbani"




Ahad, 17 April 2011

Program Haflatul Asya'




..::Salam Mahabbah ::..

Di jemput kepada semua pelajar Diploma Syariah, Diploma Pentadbiran Islam Dan Ijazah Sarjana Muda sem.6 yang ingin menyertai program Haflatul Asya' Bersama dengan pensyarah jabatan Syariah..maklumat program adalah seperti berikut :-

PROGRAM : HAFLATUL ASYA' (ANUAL DINNER)
HARI : AHAD
TARIKH :17 APRIL
TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA (DKU)
MASA : 8.00 MALAM - 11.00 MALAM

" Semoga Program yang dijalankan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara pensyarah-pensyarah jabatan syariah dengan pelajar tahun akhir dan barisan kepimpinan Kelab PERISYA."


Ahad, 3 April 2011

Organisasi Kelab PERISYA 2010/2011



..:: MAJLIS TERTINGGI ::..


MUHAMMAD NAJMUDDIN 'ULWAN B MOHD HAMDAN
..:: YANG DI PERTUA ::..

MOHAMMAD AMIR ASYRAF BIN ABD MUTALLIB
..:: TIMBALAN YANG DI PERTUA ::..


NOR ASYIKIN BT AB HAMID
..:: NAIB YANG DI PERTUA ::..


MOHAMAD HAYAT BIN ROSLI
..:: SETIUSAHA AGUNG ::..


SITI NADZIRAH BT JAMALUL KHAIRUDDIN
..:: SETIUSAHA 2 ::..


MUHAMMAD HAFIZULLAH BIN MOHD NOR
..:: BENDAHARI 1 ::..

MASYITAH BT MOHD MAZLAN
..:: BENDAHARI II ::..




....:::: BARISAN EXCO-EXCO PERISYA ::::....


MUAD'Z BIN ABD WAHAB
..:: EXCO DAKWAH & TARBIYYAH ::..

MUNAWWARAH BT KAMARULZAMAN
..:: TIMB. EXCO DAKWAH & TARBIYYAH ::..


MOHAMAD ZUL IKRAM BIN MOHD AMIN
..:: EXCO PENERBITAN & PENERANGAN ::..


NIK NUR ATHIRAH BT NIK MARZUKI
..:: TIMB. EXCO PENERBITAN & PENERANGAN ::..


SYAZWAN BIN SALAM
..:: EXCO KEBAJIKAN ::..


NOOR HAYATI BT HUSIN
..:: TIMB. EXCO KEBAJIKAN ::..


AHMAD HAMZI BIN MOHD POZI
..:: EXCO AKADEMIK ::..


NURHANISAH BT HADIGUNAWAN
..:: TIMB. EXCO AKADEMIK ::..


ABDUL HAFIZ BIN SAUFI
..:: EXCO EKONOMI ::..


NUR NADIAH ATHIRAH BT ISMAIL
..:: TIMB. EXCO EKONOMI ::..


NUR JANNAH HASANAH BT HJ ARSHAD
..::EXCO HELWANIS ::..



ENGKU NURUL SOLIHAH BT ENGKU ZAINUDDIN
..:: TIMB. EXCO HELWANIS ::..


NUR SYAZWANI BT MOHD NOR
..:: TIMB. EXCO SUKAN ::..



Ahad, 27 Mac 2011

Keputusan Pilihanraya PERISYA



Dari Abu Hurairah ra. dia berkata: “Rasulullah saw. bersabda: ‘Jalankanlah amanat yang diembankan kepadamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.’”
(Abu Daud, 3535 dan Tirmizi, 1264).

Sabda Rasulullah: “Jalankanlah amanat” adalah perintah, dan perintah itu sifatnya adalah untuk mewajibkan. Allah swt. berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.”
(An-Nisa:58).


:: IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH SEM 2 & 4 ::

MOHAMAD AMIR ASYRAF B ABD MUTALIB
SYAZWAN B SALAM
ABDUL HFIZ B SAUFI
AHMAD HAMZI B MOHD POZI

NOR ASYIKIN BT AB HAMID
NUR HANISAH BT HADIGUNAWAN
NOOR HAYATI BT HUSIN
NUR NADIAH ATHIRAH BT ISMAIL

:: DIPLOMA SYARIAH SEM 2 & 4 ::

MUHAMMAD NAJMUDDIN 'ULWAN B MOHD HAMDAN
MUHAMMAD HAFIZULLAH B MOHD NOR
MUAD'Z B ABDUL WAHAB

MUNAWWARAH BT KAMARUZZAMAN
NUR JANNAH HASANAH BT HJ ARSYAD
ENGKU NURUL SOLEHAH BT E.ZAINUDDIN

:: DIPLOMA PENTADBIRAN ISLAM SEM 2 & 4 ::

ARIF ZUHDI B MUHAMMAD
MOHAMMAD ZUL IKRAM B MOHD AMIM
MOHAMMAD HAYAT B ROSLI

NIK NUR ATHIRAH BT NK MARZUKI
NADHIRABT JAMALUL KHAIRUDDIN
MASYITAH BT MOHD MAZLAN

“Sesungguhnya KAMI telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka mereka semua enggan memikulnya karena mereka khawatir akan mengkhianatinya, maka dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh…” (QS 33/72)


:: Selamat Menjalankan AMANAH dari Allah Swt ini buat semua pimpiman baru PERISYA ::