Rabu, 22 Jun 2011

Minggu Taaruf Kelab PERISYA



:: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ::

Makluman kepada Semua pelajar semester satu Diploma Syariah Dan Pentadbiran Islam (PERISYA), insyaAllah pada 24 Dan 25 Jun (Jumaat & Sabtu ) ini akan diadakan satu program "Minggu Taaruf" Bersama Kepimpinan Kelab PERISYA. Diharap mahasiswa mahasiswi sekalian dapat menghadirkan diri ke program yang akan diadakan pada tarikh tersebut.. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah di antara barisan kepimpiman Kelab dengan ahli-ahli baru dikalangan pelajar semester satu. Disini disertakan juga tentatif program unutuk memudahkan kalian semua.. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai..

Tentatif Program Minggu Taaruf Syariah & Pentadbiran Islam

Hari Pertama (24 Jun 2011)

6.30-7.30 ptg : Pendaftaran Dan Taklimat Program
(di Musolla Saodah)

7.30 - 8.30 mlm : Kuliah Maghrib Bertajuk "Karakter Mahasiswa Islam"

8.30 - 9.00 mlm : Solat Isyak

(Blok Othman 02 )

9.00 - 9.05 mlm : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

9.05 - 9.10 mlm : Bacaan Doa

9.10 - 10.00 mlm : Ucapan Pengarah Program :
(Saudara Muad'z Bin Abd Wahab, merangkap Exco Dakwah)

Ucapan Penasihat Kelab PERISYA :
(Ustaz Ahmad Faizol Bin Ismail)
Ucapan & Perasmian oleh Ketua Jabatan Syariah :
(Ustazah Tengku Fatimah Muliana Bt Tengku Muda)
Penyampaian Cenderamata kepada tetamu Jemputan

10.00 - 11.00 mlm : * Sesi Taaruf bersama Kepimpinan Kelab PERISYA
Pelancaran :-

- Facebook
- Blog
- Montaj Kelab PERISYA
- Montaj Pelajar Semester Satu

11.00 - 11.30 mlm : Jamuan Dan Bersurai


********************************************

Hari Kedua (25 Jun 2011)
7.00 7.30 mlm : Ketibaan Pelajar ke Musolla Saodah

7.30 - 8.00 mlm : Solat Maghrib

8.00 - 9.00 mlm : Ceramah Di sampaikan Oleh : Ust Dr Wan Yusuf
(Pensyarah di Jabatan Syariah)
Bertajuk "Mahasiswa Intelektual Berlandaskan Syariah"
9.00 - 10.00 mlm : Taklimat Akademik

10.00 - 11.00 mlm : Sesi Soal jawab Bersama barisan kepimpinan Kelab PERISYA.

11.00 - 11.30 mlm : Jamuan ringan Dan Bersurai


semoga program yang akan diadakan ini dapat menautkan lagi ukhuwwah diantara kita seterusnya lebih menjadikan kita seorang hamba yang semakin cinta dan dekat keapda Allah ..(^_^)...InsyaAllah !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan