Rabu, 15 Jun 2011

Ahlan Wa Sahlan Ke Bumi Unisza



Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Pertama & selamanya mari lah sama2 kita memanjatkan setinggi-tinggi syukur kehadhat Allah SWT kerana sehingga saat ini masih dapat untuk kita semua mengecapi nikmat-nikmatNYA yang tidak terhingga ini.

Selawat dan salam keatas junjngan besar nabi Muhammad SAW, rasul pembawa rahmat keseluruh alam yang telah memberikan sumbangan yang agung buat ummah sehingga hari kiamat..

Kiranya masih belum terlewat untuk kami daripada barisan kepimpinan Kelab PERISYA untuk mengucapkan "Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum" Selamat melangkah ke bumi Unisza kepada pelajar-pelajar baru Diploma Syariah Semester 1 & Diploma Pentadbiran Islam Semester 1 yang bernaung dibawah Kelab Perisya ini.

Tidak lupa juga di ucapkan selamat meneruskan perjuangan yang masih belum selesai dan berbaki kepada pelajar-pelajar lama yang sudah berada di Semester 3 ( Syariah & Pentadbiran Islam ) dan Semester 5 (Syariah & Pentadbiran Islam) sekalian..

Untuk entri kali ini, di khususkan buat adik-adik yang baru memasuki alam universiti, di tempat yang penuh cabaran ini..nak atau pun tidak kita perlu menempuhinya.. kerana itulah lumrah yang perlu dilalui oleh seseorang yang bergelar "Penuntut Ilmu". Baik dan buruk itu berada di mana-mana sahaja..bukan di alam universiti sahaja..Oleh itu, kita lah yang perlu menjadi pemandu utama untuk setiap kebaikan diri kita.. kerana kita lebih mengenali diri kita berbanding orang lain... mungkin setiap orang caranya berbeza kan.. Kerana itu, "pilihlah jalan & cara yang terbaik untuk menjadi golongan yang terbaik di sisi Allah Rabbul Jalil"..

Untuk makluman adik-adik pelajar semester 1, kelab perisya ini merupakan salah 1 kelab yang bernaung di bawah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang lama telah ditubuhkan. Tujuan tertubuhnya kelab Perisya ini adalah untuk mendengar, dan menjaga kebajikan serta cuba untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan kebajikan ahlinya..

Sebagai makluman awal, insyaAllah akan diadakan satu pertemuan dari barisan kepimpinan kelab Perisya bersama-sama ahli baru dalam masa yang terdekat sebagai sesi perkenalan, menautkan ukhuwwah.. kerana itu merupakan satu tuntutan sebagai seorang muslim. Tarikh program akan di maklumkan semula insyaAllah..

Kepada semua ketua kelas Diploma Syariah Semester 1 A,B & Diploma Pentadbiran Islam Semester A,B atau ahli-ahli kelab Perisya..sekiranya ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi terus Yang Di Pertua (YDP) Kelab Perisya iaitu Saudara Muhammad Najmuddin 'Ulwan Bin Mohd Hamdan di talian 013-2997211.

Sebagai akhir kalam untuk sahabat-sahabat semua, ingatlah pertama kali kita melangkah ke bumi Unisza ini, apakah matlamat kita..? sebagai seorang yang bergelar mahasiswa kita perlu jelas dalam setiap perkara yang dilakukan.. Sekian, Wassalam..

"Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan"
InsyaAllah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan