Khamis, 17 Mac 2011

Selamat Datang Ke Blog Perisya


:: بسم الله الرحمن الرحيم ::

Alhamdulillah, sepanjat kesyukuran kehadrat Allah Rabbul Izzati diatas segala nikmat yang di limpahkan kepada kita selaku hambanya sehingga hari ini. Tidak lupa juga ucapan selawat dan selawat ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad Saw penghulu segala nabi yang telah bersusah payah dalam menegakkan islam sehingga sampai kepada kita sehingga hari ini...

Tujuan laman blog Kelab Perisya ini di perbaharui adalah yang pertamanya adalah tujuan penyebaran dakwah.. bertepatan deangan sabda Nabi Saw بلغعني ولو آية yang bermaksud "sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat".. Di harap semoga setiap usaha dakwah ini bernilai ibadah dcc Allah Swt dan memberikan manfaat yabg banyak kepada kita semua.

Tujuan kedua blog perisya ini di upgrade adalah untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti dan program yang dijalankan kepada semua ahli perisya (syariah + pentadbiran islam). Dengan adanya maklumat melalui laman sesawang ini, insyaAllah akan memudahkan lagi untuk maklumat berkaitan dengan perisya sampai kepada kalian..

Antara tujuan lainnya, kami dari pihak pimpinan perisya juga sebenarnya memerlukan feedback & komentar dari setiap ahli2 perisya diatas setiap aktiviti dan program yang dijalankan.. Dengan ini kami memudahkan untuk ahli perisya memberikan komentar dengan menyediakan "Sudut Munaqasyah". Dengan komentar2 tersebut, insyaAllah kelemahan dan kekurangan dapat dibaiki dari masa ke semasa.

Harapan terakhir, diharap Laman blog perisya ini dapat menberikan manfaat kepada kita semua insyaAllah....

Bersama Melahirkan Generasi Rabbani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan